Kantan Merah , herba rempah berbunga menawan
Order Whatsapp : wasap.my/601162931005/kantanMerah
Nama Tempatan: Kantan Merah
Nama Saintifik: Etlingera elatior
synonyms :Phaeomeria speciosa
Nama Lain: Ginger flower
Famili: Zingiberaceae
Kantan diklasifikasikan sebagai Rempah atau perasa dalam masakan. Ia biasa ditanam di halaman rumah terutamanya tempat yang agak lembab. Kantan membiak melalui dua cara iaitu pecahan rizom (anak) dan biji benih. Namun pembiakan melalui biji benih agak jarang dan sukar dilakukan. Digunakan sebagai perasa dalam masakan tertentu. Bunganya pula menjadi bahan perencah yang penting terutamanya untuk laksa dan masakan asam pedas. Buahnya boleh digunakan untuk menghasilkan rasa masam dalam masakan seperti gulai ikan menggantikan asam keping atau asam jawa
KEGUNAAN:
Bunganya boleh mengawet muda. Pokoknya juga boleh menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang baru lepas bersalin. Untuk menghilangkan bau badan, ambil beberapa batang pokok kantan yang segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat, Rebuskan hingga mendidih dan gunakan air rebusannya untuk mandi apabila telah sejuk. Untuk menghilangkan rasa kurang bermaya dan hilang selera makan, bijinya ditumbuk hingga lumat, toskan untuk mendapatkan airnya dan dicampurkan dengan segelas air suam dan diminum pada waktu pagi dan sebelum tidur. Amalkannya untuk beberapa kali. Buahnya juga dikatakan dapat menguatkan tenaga batin bagi lelaki dan menghilangkan lendir dalam badan dan kahak juga.
Terdapat beberapa jenis kantan yang biasa ditanam di Malaysia. Jenis yang paling biasa ialah kantan berbunga merah jambu ( pucat dan tua) . Kantan yang biasa digunakan dalam masakan ialah jenis kantan ini. Kantan putih dan merah darah juga ada ditanam tetapi lebih jarang dijumpai. Kantan putih dan merah darah di ketegorikan dalam kumpulan tumbuhan eksotik dan menjadi buruan peminat pokok eksotik(rare). Ia lebih banyak ditanam kerana fungsia hiasan dan perubatannya berbanding untuk masakan
Kantan dibiakkan melalui pecahan rizom( kaedah biasa) dan biji benih (jarang digunakan). Ia tumbuh subur ditempat bertanah lembab. Tidak boleh ditanam dalam medium yang menakung air kerana rizomnya mudah rosak jika terendam air.
Beli di melur.com : https://www.melur.com/?add-to-cart=199781&quantity=1
Beli di LAZADA : https://s.lazada.com.my/s.eQ0Q2
Beli di SHOPEE: https://shopee.com.my/product/52372233/12362599203/
No comments:
Post a Comment